Seperti yang semua sedia maklum, Prime Video bakal hadir dengan siri sampingan The Boys, iaitu Gen V. Ia adalah siri TV yang memfokuskan pelajar-pelajar universiti untuk individu dengan kuasa luar biasa. Universiti ini adalah satu pusat pengajian di bawah Vought International, Good Oak.

Seperti The Boys, Gen V juga akan menggunakan tema ngeri, ganas, darah tanpa henti dan yang paling menarik siri TV ini akan menggunakan konseo Battle Royale seakan seakan Hunger Games. Terkini, Twitter The Boys mengesahkan yang sesi penggambaran bagi Gen V telah pun selesai.

V dalam The Boys adalah kompaun kimia yang memberi kuasa luar biasa kepada manusia. Setakat ini sudah ada dua versi iaitu Compund V dan dalam musim ketiga ada variasi baharu iaitu Temp V.

Gen V akan melibatkan pelakon seperti Lizze Broadway, Jaz Sinclair, Chance Perdomo, Shelley Conn, Maddie Phillips, London Thor, Derek Luh, Asa Germann, Patrick Schwarzenegger, Sean Patrick Thomas, dan Marco Pigossi. Buat masa ini masih tiada pengumuman mengenai tarikh siaran lagi untuk siri TV ini.

Sohor Kini