Valorant Champions 2022 secara rasmi menutup tirai dengan pertempuran peringkat akhir untuknya baru sahaja selesai dengan memperlihatkan pasukan Loud dari Brazil menjadi juara dan sekali gus boleh dikatakan sebagai pasukan terbaik di dunia untuk Valorant.

Mereka telah mengalahkan Optic Gaming yang mewakili Amerika Utara dengan skor 3-1. Perlawanan untuk 3 pusingan pertama memperlihatkan saingan yang sengit di antara kedua-dua pasukan, akan tetapi perlawanan keempat dan juga penentu memperlihatkan Loud berjaya mendapat kemenangan yang lebih mudah.

Selaku juara, mereka membawa pulang hadiah tunai $300 ribu, manakala Optic Gaming selaku naib juara membawa pulang $150 ribu, diikuti pasukan DRX di tempat ketiga yang membawa pulang $110 ribu.

Loud dan Optic Gaming kedua-dua merupakan pasukan yang berada di kumpulan B, dengan Optic Gaming di tempat pertama, manakala Loud di tempat kedua, dengan Optic Gaming memberikan mereka satu-satunya kekalahan tunggal bagi kejohanan ini.

Dua pasukan yang mewakili Asia Tenggara iaitu Papex Rex dan juga Xerxia kedua-dua tidak melepasi peringkat kumpulan apabila berada di tempat ketiga dan juga keempat.

Tahniah kami ucapkan kepada semua pemenang.

Sohor Kini