Pokemon Go Community Day: Roggenrola Berlangsung Esok Di Shah Alam

KLCC Pokemon Go telah menganjurkan Community Day bersempena dengan Pokemon Go Community Day: Roggenrola untuk bulan September. Community Day ini akan berlangsung pada 18 September 2022 di Taman Tasik Shah Alam, Shah Alam, Selangor.

Acara ini akan bermula pada pukul 2 petang sehingga 5 petang, kehadiran adalah percuma dan penganjur juga akan melakukan pelbagai giveaway untuk yang hadir.

Ketika acara ini, pelbagai kelebihan kepada pemain antaranya Lure yang digunakan akan bertahan sehingga 3 jam, pengurangan jarak diperlukan untuk telur menetas dan sebagai tema untuk Community Day, pokemon Roggenrola akan keluar dengan lebih kerap.

Anda boleh imbas kod QR di atas ataupun layari laman ini untuk maklumat lanjut.

Sohor Kini