Square Enix telah mengumumkan tarikh pelancaran untuk Crisis Core -Final Fantasy VII- Reunion iaitu pada 13 Disember 2022 untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, Nintendo Switch dan PC.
Anda boleh tonton video pengumuman di bawah.
Crisis Core -Final Fantasy VII- Reunion adalah versi penambah-baikkan untuk Crisis Core: Final Fantasy VII yang dikeluarkan untuk PSP pada tahun 2008. Ia menawarkan grafik serta cara pertempuran baharu akan tetapi mengekalkan penceritaan yang mengikut kisah Zack Fair sebelum kejadian di dalam Final Fantasy VII. Versi ini juga akan menawarkan lakonan suara penuh, antara kekurangan utama di dalam versi PSP.
Ia sudah boleh di pra-tempah melalui PS Store dan Steam dengan harga bermula RM199, dan di Xbox Store dengan harga bermula $49.99, Nintendo eShop masih tidak membuka sesi pra-tempahan tetapi dijangka ia mempunyai harga yang sama di Xbox Store.