Hoyoverse semasa penstriman untuk Genshin Impact 3.1 yang akan menyertakan kawasan serta tiga watak baharu, juga mengumumkan satu mod tetap baharu iaitu “Genius Invokations TCG” yang merupakan permainan kad digital.

Buat masa ini, maklumat lanjut mengenai mod ini tidak diumumkan lagi, namun telah disahkan yang ia adalah mod PvP yang membolehkan pemain untuk bermain bersama dengan pemain lain secara dalam talian. Ia juga menyertakan PvE di mana pemain akan lawan dengan NPC ataupun watak-watak lain di dalam permainan ini.

Mod ini juga tidak akan tiba dalam masa terdekat, akan tetapi ia akan tiba pada kemaskini 3.3 yang dijangka bermula pada awal tahun depan.

Mereka juga telah mengumumkan siri animasi berdasarkan Genshin Impact akan tiba yang dibangunkan bersama studio animasi terkenal Ufotable.

Genshin Impact sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, PC, iOS dan Android. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sumber Gambar: Reddit

Sohor Kini