Genshin Impact bakal menyambut ulang tahun kedua mereka pada akhir bulan ini, dan pada tarikh tersebut iaitu 28 September 2022 mereka melancarkan kemaskini terbaru untuk permainan tersebut iaitu Versi 3.1 – “King Deshret and the Three Magi”.

Bersama dengan kemaskini ini, pemain akan dibawa ke kawasan baharu di Sumeru iaitu kawasan padan pasir yang menjadi tempat untuk Mausoleum of King Deshret dan juga Aaru Village iaitu perkambungan terbesar di padang pasir ini.

Kawasan ini akan dipenuhi dengan pelbagai tekaria dan juga robot penjaga yang menggunakan teknologi lama daripada zaman pemerintahan King Deshret. Ia juga akan menjadi tempat untuk penceritaan Archon Quest yang akan menyertakan dua Harbingers iaitu Il Dottore dan Scaramouche.

Ia juga akan menyertakan dua Boss Enemis baharu iaitu “The Algorithm of Semi-Instransient Matrix of Overseer Network” yang merupakan ketua kepada robot-robot penjaga dan juga Aeonblight Drake yang akan bertempat di kawasan perhutanan Sumeru.

Kemaskini ini akan membawa tiga watak baharu yang boleh didapatkan oleh pemain, iaitu Nilou yang diperlihatkan di dalam penceritaan 3.0, dia merupakan watak 5 bintang yang menggunakan pedang dengan elemen Hydro.

Watak seterusnya adalah Cyno yang merupakan ‘General Mahamatra’, dia juga adalah watak 5 bintang, menggunakan lembing dengan elemen Electro.

Manakala satu watak 4 bintang yang akan tiba adalah Candace iaitu waris kepada King Deshret dan merupakan penjaga kepada Desertfolk dan Aaru Village. Dia menggunakan lembing dengan elemen hydro.

Candace akan tiba di dalam banner bersama dengan Cyno dan juga Venti pada awal kemaskini ini. Manakala pertengahan kedua akan memperlihatkan banner untuk Nilou dan Albedo.

Bagi acara yang akan berlangsung sepanjang kemaskini ini pula, pemain akan kembali ke Mondstadt untuk acara tahunan Weinlesefest bersama dengan Venti. Pemain juga akan mengetahui lanjut mengenai Razor dan akan menyertakan 4 permainan-mini yang menawarkan pelbagai ganjaran termasuk juga senjata 4-bintang Missive Windspear.

Selain itu, terdapat juga acara masa terhad seperti “Wind Chaser” dan “Star-Seeker’s Sojourn”. Jika pemain menyelesaikan Spiral Abyss Floor 4, Chamber 3, pemain akan mendapat Collei secara percuma.

Ganjaran Log Masuk harian juga kembali, yang akan menawarkan sehingga 10 Intertwined Fate. Selain itu, bersempena dengan ulang tahun ke-2, pemain akan mendapat sehingga 1600 Primogems, 4 Fragile Resin dan dua gajet baharu iaitu “Jumpy Dumpty Party Popper” dan “Cloud Retainer’s Damasked Device” yang akan dihantar melalui mel dalam permainan secara berperingkat.

Mereka juga telah mengumumkan yang Genshin Impact akan menerima siri anime tersendiri oleh studio yang membawa siri animasi Demon Slayer dan juga permainan kad yang akan tiba melalui kemaskini 3.3.

Genshin Impact sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, PC, iOS dan Android. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini