PlayStation Studios bersama dengan pembangun Naughty Dog telah mengumumkan yang Uncharted: Legacy of Thieves akan dikeluarkan untuk PC pada 19 Oktober 2022 melalui Steam dan juga Epic Games Store.

Uncharted: Legacy of Thieves menyertakan dua permainan Uncharted iaitu Uncharted 4: A Thief’s End dan Uncharted: The Lost Legacy, ia juga merupakan versi yang ditambah-baik dengan kualiti grafik yang lebih terkini.

Berikut adalah spesifikasi PC yang diperlukan mengikut tetapan berbeza;

  • Minimum
    • Prestasi Sasaran: 30FPS/720p Medium
    • CPU: Intel i5-4330 / AMD Ryzen 3 1200
    • GPU: NVIDIA GTX 960 (4 GB) / AMD R9 290X (4 GB)
    • RAM: 8GB (16GB Dicadangkan)
  • Dicadangkan
    • Prestasi Sasaran: 30FPS/1080p High
    • CPU: Intel i7-4770 / AMD Ryzen 5 1500X
    • GPU: NVIDIA GTX 1060 (6 GB) / AMD RX 570 (4 GB)
    • RAM: 16GB
  • Prestasi
    • Prestasi Sasaran: 60FPS/1440p High
    • CPU: Intel i7-7700k / AMD Ryzen 7 3700X
    • GPU: NVIDIA RTX 2070 (8 GB) / AMD RX 5700 XT (8 GB)
    • RAM: 16GB
  • Ultra
    • Prestasi Sasaran: 60FPS/4K Ultra
    • CPU: Intel i9-9900k / AMD Ryzen 9 3950X
    • GPU: NVIDIA RTX 3080 (10 GB) / AMD RX 6800 (16 GB)
    • RAM: 16GB

Uncharted: Legacy of Thieves sudah boleh di pra-tempah melalui Steam dan juga Epic Games Store dengan harga RM209. Anda boleh baca ulasan kami untuk permainan ini bagi versi PS5 – Ulasan Uncharted: Legacy of Thieves Collection – Pengalaman Terbaik Untuk Penutup Siri.

Sohor Kini