Riot Games hari ini telah mengeluarkan satu video bersama dengan penyanyi terkenal iaitu Lil Nas X di mana beliau telah hadir ke pejabat Riot Games untuk menjadi ‘Presiden’ League of Legends. Ia adalah promosi bersempena Lil Nas X akan menjadi penyanyi untuk lagi kejohanan Worlds 2022 iaitu Star Walkin.
Selepas menjadi presiden, Lil Nas X telah meminta untuk Riot Games hadir dengan kostum yang boleh dikatakan kurang sopan. Beliau telah mengeluarkan ciapan untuk memperlihatkan kostum cadangan tersebut.
Lagu penuh Star Walkin bersama dengan muzik video akan tiba pada 23 September 2022. Worlds 2022 iaitu kejohanan terbesar untuk League of Legends akan berlangsung bermula pada 29 September 2022 sehingga 5 November 2022 di Mexico, Kanada dan Amerika Syarikat.