TGS 2022: Deathloop Tiba Di Xbox Dan PC Game Pass Minggu Depan

Deathloop adalah antara permainan terbaik tahun lepas yang dikeluarkan di PlayStation 5, dan ia dibangunkan oleh Bethesda iaitu studio di bawah Xbox Game Studios. Oleh kerana perjanjian untuk permainan ini bersama dengan Sony berlaku sebelum pengambil-alihan oleh Microsoft, Deathloop terus dikeluarkan sebagai permainan eksklusif untuk PS5 dan PC.

Namun, pemain-pemain Xbox Series tidak perlu menunggu lama lagi apabila Bethesda telah mengumumkan yang Deathloop akan dikeluarkan untuk Xbox Series pada 20 September 2022. Ia juga akan ditawarkan di dalam Xbox Game Pass dan PC Game Pass.

Pengumuman tersebut dilakukan ketika penstriman khas oleh Xbox bersempena dengan Tokyo Game Show 2022 yang berlangsung bermula hari ini.

Deathloop adalah permainan aksi menembak roguelite yang menjadikan kematian sebagai satu cara untuk memenangi permainan ini. Anda boleh baca ulasan kami di pautan ini – Ulasan Deathloop – Xbox Game Studios Mengeluarkan Antara Permainan Terbaik Di PS5.

Sohor Kini