Xbox ketika penstriman khas bersempena dengan Tokyo Game Show 2022 hari ini telah mengumumkan yang dua permainan perlawanan oleh Arc System Works, iaitu BlazBlue: Cross Tag Battle dan juga Guilty Gear Strive akan tiba di Xbox One dan Xbox Series pada suku kedua tahun depan.

Selain itu, mereka juga mengumumkan yang kedua-dua permainan akan ditawarkan di dalam Xbox Game Pass dan PC Game Pass pada tarikh yang sama.

BlazBlue: Cross Tag Battle sudah dikeluarkan untuk platform lain pada tahun 2018, manakala Guilty Gear Strive pada tahun lepas.

Sohor Kini