Microsoft dan Xbox hari ini telah melakukan penstriman bersempena dengan Tokyo Game Show 2022 yang bermula hari ini. Mereka telah melakukan pelbagai pengumuman dan antaranya adalah tiga permainan yang tiba di Xbox Game Pass dan juga PC Game Pass bermula hari ini.

Permainan yang diumumkan adalah Ni No Kuni: Wrath of the White Witch iaitu permainan pertama untuk siri ini yang dikeluarkan pada tahun 2011, akan tetapi Game Pass akan menerima versi Remastered yang menawarkan grafik lebih baik dan dikeluarkan pada tahun 2019.

Selain itu, Xbox juga mengumumkan yang Ni No Kuni II: Revenant Kingdom akan turut ditawarkan di Game Pass pada tahun depan.

Permainan seterusnya adalah Danganronpa V3 iaitu permainan ketiga utama bagi siri Danganronpa dan dikeluarkan pada tahun 2017. Game Pass akan menerima Anniversary Edition yang menyertakan pelbagai penambah-baikkan dan dikeluarkan pada tahun lepas. Dua permainan Danganronpa sebelum ini sudah tiba di Game Pass.

Permainan ketiga adalah Assassin’s Creed Odyssey oleh Ubisoft, ia pertama kali dikeluarkan pada tahun 2018 dan pemain menjadi Alexios ataupun Kassandra mengikut pilihan jantina. Ia memfokuskan kepada tamadun yunani dan bertempat di Greece.

Ketiga-tiga permainan ini dikatakan akan tiba hari ini, akan tetapi semasa penulisan ini ia masih tidak ditawarkan di Game Pass, oleh itu mungkin akan tiba tidak lama lagi.

Sohor Kini