EA dan Maxis telah mengumumkan yang permainan The Sims 4 akan menjadi permainan percuma untuk dimainkan bermula pada 18 Oktober 2022. Tawaran ini adalah secara tetap dan untuk semua platform iaitu PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC.

Versi percuma ini adalah untuk permainan asas sahaja dengan penambahan-penambahan lain boleh dibeli secara berasingan. Sesetengah penambahan juga ditawarkan secara percuma untuk pelanggan EA Play.

Manakala bagi pemain yang sudah memiliki The Sims 4, mereka akan diberikan Desert Luxe Kit secara percuma. Mereka juga telah mengesahkan yang The Sims 4 akan terus menerima kandungan baharu dengan kandungan seterusnya akan dikongsi pada 18 Oktober ini melalui segmen “Behind The Sims Summit”.

The Sims 4 sudah dikeluarkan sejak tahun 2014 lagi.

Sohor Kini