Tekken 8 Diumumkan Secara Rasmi – Terima Treler Pertama

Bandai Namco sebelum ini telah mengacahkan yang permainan baharu Tekken sedang dibangunkan, dan ketika State of Play pada awal pagi ini, mereka telah mengumumkan Tekken 8 secara rasmi dan berkongsi treler pertama untuknya.

Menurut Bandai Namco, treler di atas adalah sebahagian daripada mod penceritaan untuk permainan ini dan ia menggunakan grafik di dalam permainan. Oleh itu, pemain boleh menjangkakan yang kualiti grafik semasa sesi perlawanan adalah lebih kurang dengan apa yang diperlihatkan.

Buat masa ini Tekken 8 masih tidak mempunyai sebarang tarikh pelancaran, akan tetapi ia akan dikeluarkan untuk PlayStation 5, Xbox Series X dan PC.

Sohor Kini