Koei Tecmo dan Team Ninja ketika PlayStation State of Play telah mengumumkan permainan seterusnya oleh mereka iaitu Rise of the Ronin dan akan dikeluarkan secara eksklusif di PlayStation 5 untuk konsol pada tahun 2024. Ia juga akan dikeluarkan untuk PC.

Anda boleh tonton treler tersebut di bawah.

Berdasarkan treler tersebut, kita mungkin dapat menjangkakan yang ia adalah permaiann souls-like, seperti Nioh dan juga Nioh 2 dan juga permainan akan datang mereka iaitu Wo Long: Fallen Dynasty yang akan dikeluarkan pada tahun depan.

Mereka mengatakan yang Rise of the Ronin adalah permainan yang emmfokuskan kepada kombat di dalam genre RPG dunia terbuka. Latar masa adalah tahun-tahun terakhir untuk Zaman Edo yang dikenali sebagai “Bakumatsu”.

Pemain akan menjadi seorang Ronin yang tidak mempunyai sebarang kekangan dan bebas untuk memilih perjalanan hidup sendiri. Mereka juga mengatakan yang sejarah akan memainkan peranan penting di dalam permainan ini.

Sohor Kini