Square Enix ketika Nintendo Direct telah mengumumkan yang Octopath Traveler II akan dikeluarkan untuk Nintendo Switch, selain itu, ia juga akan dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5 dan PC melalui Steam pada 24 Februari 2023.

Meneruskan konsep seperti permainan pertama yang dikeluarkan pada tahun 2018, dan mengikut judul sebagai “Octo” permainan ini juga akan menyertakan 8 watak yang setiapnya akan mempunyai penceritaan tersendiri dan akhirnya bersama di satu perjalanan. Ia juga mengekalkan gaya grafik yang sama.

Berminat dengan permainan pertama yang sudah dikeluarkan untuk platform yang sama anda boleh baca ulasan kami – Ulasan Octopath Traveler – Permainan JRPG Yang Menarik Tetapi Penceritaan Mendatar.

Sohor Kini