Nintendo telah mengumumkan judul rasmi untuk permainan susulan bagi The Legend of Zelda: Breath of the Wild dan ia adalah The Legend of Zelda: Tears of the Kingdom. Selain itu, mereka juga mengumumkan yang ia akan tiba pada 12 Mei 2023 untuk Nintendo Switch.

Walaupun menerima treler baharu, akan tetapi sedikit mengecewakan yang ia masih lagi memperlihatkan sebahagian kecil sahaja bentuk permainan, oleh itu tidak banyak yang boleh diperkatakan mengenainya.

Namun, secara jujur-nya, ia bukannya perlu dan sudah semestinya permainan yang akan dinanti-nantikan oleh peminat siri permainan ini.

Sohor Kini