It Takes Two adalah permainan terbaik pada tahun lepas mengikut The Game Awards, ia juga adalah permainan Keluarga Terbaik menjadi permainan pertama memenanginya yang tidak dilancarkan di Nintendo Switch.

Permainan ini juga bakal menerima siri TV dan juga filem, namun untuk permainan koperasi yang dikatakan sempurna untuk Nintendo Switch, ia tidak dikeluarkan lagi, sehinggalah sekarang apabila ketika Nintendo Direct, diumumkan yang permainan tersebut akan tiba di Nintendo Switch pada 4 November 2022.

Permainan ini di Nintendo Switch akan menyokong sesi koperasi secara setempat menggunakan satu konsol ataupun menggunakan dua konsol secara dalam talian, dan rakan boleh bermain secara percuma menggunakan Pas Rakan.

It Takes Two dibangunkan oleh Hazelight Studios.

Sohor Kini