Nintendo dan pembangun Intelligent Systems telah mengumumkan yang permainan Fire Emblem Engage adalah permainan siri ini yang seterusnya akan dikeluarkan untuk Nintendo Switch. Ia akan dikeluarkan pada 20 Januari 2023.

Fire Emblem Engage masih mengekalkan permainan strategi yang kebiasaan kepada siri ini, akan tetapi ia menyertakan mekanik di mana pemain boleh summon hero-hero daripada permainan yang lepas untuk bertempur bersama. Namun, ia juga akan menyertakan penceritaan dan watak baharu.

Sohor Kini