PUBG Mobile telah mengacah yang mereka bakal melakukan acara kolaborasi dengan siri animasi popular tempatan iaitu BoBoiBoy bersama dengan Animonsta Studios selaku pencipta untuk siri tersebut.

Media sosial BoBoiBoy awal hari ini juga telah berkongsi acahan dengan menggunakan kapsyen “Winner Winner…” bersama dengan gambar BoBoiBoy.

PUBG Mobile juga telah mengumumkan yang mereka akan berkongsi video acah 16-saat untuk kolaborasi ini pada malam ini di media sosial mereka. Acara kolaborasi ini akan menggunakan kata-kata “Kuasa Tidak Mengenal Usia”.

PUBG Mobile dikeluarkan untuk iOS dan Android. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini