EA melalui EA Originals telah mengumumkan kerjasama dengan Koei Techmo dan juga studio Omega Force untuk hadir dengan permainan AAA memburu yang akan berlatar masa zaman feudal Jepun dan juga menyertakan elemen fantasi.
Koei Tecmo dan Omega Force sebelum ini terkenal dengan siri permainan Warriors seperti Dynasty Warriors dan Samurai Warrios. Mereka juga pernah terlibat dengan IP seperti Attack on Titan, Dragon Quest, Fire Emblem dan Zelda.
EA Originals merupakan satu inisiatif oleh EA untuk membantu studio-studio pihak ketiga membangunkan permainan mereka dengan EA tidak akan melibatkan diri secara terus dan sekadar menyediakan sokongan kewangan dan juga teknologi.
Maklumat lanjut mengenai permainan ini akan diumumkan pada bulan-bulan depan.