Selepas kejayaan yang membanggakan untuk filem Mat Kilau yang memecah rekod demi rekod dari segi kutipan, ramai yang ternanti-nanti apakah filem tempatan seterusnya yang akan memecahkan ‘box office’. Antara filem baharu yang dikeluarkan adalah Abang Long Fadil 3, walaupun tidak mencapai kutipan yang sama dengan Mat Kilau, buat masa ini, tetapi ia juga memperlihatkan prestasi yang baik.

Melalui laporan oleh Harian Metro, Abang Long Fadil 3 telah mengutip RM10 juta sejak ditayangkan pada hari Khamis lepas. Sebagai perbandingan, filem Mat Kilau mengutip RM11 juta selepas 4 hari ditayangkan, walaupun ia kutipan yang lebih sedikit, akan tetapi masih lagi satu pencapaian yang boleh dibanggakan.

TGV sebelum ini telah mengumumkan yang Abang Long Fadil 3 mengutip RM3 juta untuk hari pembukaan, menjadikan kutipan untuk 4 hari seterusnya adalah RM7 juta.

Abang Long Fadil 3 adalah filem arahan Syafiq Yusof dan ditulis oleh beliau bersama dengan MF Kencana serta Effindi K. Senarai pelakon pula adalah Zizan Razak, Johan, Elizabeth Tan, Maya Karin dan AC Mizal.

Sohor Kini