EA hari ini telah berkongsi senarai 23 pemain yang mempunyai rating tertinggi di dalam FIFA 23 dan ia boleh dikatakan menyertakan nama-nama yang sudah biasa, di dalam senarai ini. Lima pemain yang mempunyai rating tertinggi iaitu 91 adalah Benzema, Lewandowski, Mbappe, De Bruyne dan Messi.

Dengan 91 adalah rating tertinggi, ia berkurangan berbanding FIFA 22 di mana Messi mempunyai rating 93 manakala Lewandowski dengan rating 92. Manakala Mbappe dan De Bruyne mengekalkan rating mereka dari FIFA lepas, manakala Benzema dinaikkan 2 rating.

Selain Messi, Ronaldo juga memperlihatkan penurunan rating iaitu 90 berbanding 91 tahun FIFA lepas, ia penurunan sedikit sahaja mengikut rating akan tetapi perbezaan Pace untuk FIFA 23 sangat ketara iaitu 81 berbanding 87.

Penjaga gol dengan rating tertinggi pula kini adalah Courtois dengan rating 90 berbanding 89, dan jga Neuer yang mengekalkan rating FIFA lepas. Manakala Oblak yang pada tahun lepas adalah tertinggi iaitu 91, diturunkan kepada 89.

FIFA 23 akan dilancarkan secara rasmi pada 30 September 2022 untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC.

Sohor Kini