Genshin Impact telah mengumumkan yang mereka kembali dengan acara bersama dengan restoran makanan di Malaysia dan kali ini ia bersama dengan Domino’s Pizza. Acara ini akan berlangsung bermula pada 14 September sehingga 25 Oktober 2022.

Sepanjang acara ini berlangsung, anda boleh melakukan pembelian kombo “Emergency Food” yang ditawarkan untuK 1-2 pax dengan harga RM29.95 dan 3-4 Pax dengan harga RM59.90. Selain mendapat Regular Pizza, roti dan juga air, pembeli juga akan mendapat beg Genshin Impact x Domino’s Pizza, poskad Genshin Impact dan juga lencana Genshin Impact.

Selain itu, beberapa cawangan Domino’s Pizza terpilih juga akan menerima hiasan berdasarkan Genshin Impact. Antaranya adalah Domino’s Sri Hartamas, Domino’s Setia Alam, Domino’s Kuala Terengganu, Domino’s Kota Bharu dan Domino’s Bandar Baru Uda.

Anda boleh lihat senarai penuh untuk kombo dan juga cawangan melalui pautan ini.

Genshin Impact sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, PC, iOS dan Android. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini