Penstriman Minecraft Live Akan Berlangsung Pada Bulan Depan

Microsoft bersama dengan pembangun Mojang Studios telah mengumumkan yang acara Minecraft Live akan distrim pada 16 Oktober 2022. Ia boleh ditonton di laman rasmi Minecraft dan juga melalui Youtube rasmi.

Mereka juga mengumumkan yang acara ini akan melibatkan pembangun-pembangun baharu dan lama Mojang Studios dan juga pencipta kandungan Minecraft untuk pelbagai sesi temubual dan acara komuniti.

Ia juga akan menjadi tempat untuk pengumuman mengenai perkara baharu di dalam dunia Minecraft. Berkemungkinan besar akan turut memperlihatkan Minecraft Legends yang baru diumumkan dan akan tiba pada tahun depan.

Sohor Kini