Ubisoft telah mengumumkan yang sesi percubaan secara percuma untuk permainan sukan lasak mereka iaitu Rider Republic tiba untuk PlayStation dan juga Xbox bermula pada 9 September lepas sehingga 16 September.

Berikut adalah jadual sesi percubaan ini;

  • PlayStation 5 & PlayStation 4 – 9 September sehingga 16 September 2022
  • Xbox Series & Xbox One – 9 September sehingga 13 September 2022

Melalui sesi percubaan ini pemain dapat mengakses permainan penuh buat sementara waktu, dan jika ingin meneruskan sesi permainan selepas tawaran ini, ia ditawarkan dengan potongan harga 67% dan boleh menggunakan fail simpanan yang sama.

Riders Republic sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC melalui Ubisoft Connect dan Epic Games Store.

Sohor Kini