Midgard Saga Kini Dilancarkan Untuk iOS Dan Android

Yeeha Games telah melancarkan permainan mudah alih sulung mereka iaitu Midgard Saga untuk pasaran Asia Tenggara, Hong Kong, Macau dan Taiwan di iOS dan juga Android. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Midgard Saga adalah permainan strategi RPG dan juga permainan mengumpul watak dengan terdapat lebih 50 watak yang boleh didapatkan semasa pelancaran ini. Ia juga mempunyai sistem idle yang memudahkan untuk pemain meneruskan permainan ini.

Permainan mudah alih ini juga akan menyertakan lebih 20 kawasan dan lebih 100 penjahat untuk bertempur.

Sohor Kini