Pencarian pasukan yang mewakili Asia Tenggara ke Call of Duty Mobile World Championship 2022 kini bermula melalui peringkat kelayakan sudah bermula pada 9 September lepas dan akan berlangsung sehingga 18 September untuk mencari 2 pasukan terbaik.

Pusingan kelayakan ini terdiri daripada 12 pasukan iaitu Omega Esports, Blacklist Ultimate dan WPM LowKings dari Myanmar. ALMGHTY, DG Esports dan ABC Esports dari Indonesia. WDC.FREESLOT dan Lynx TH dari Thailand. Huinstmen dan Ace dari Malaysia. ChangeWorld dan NGU Esports dari Taiwan.

Mereka akan dibahagikan kepada dua kumpulan dengan 4 pasukan terbaik dari kumpulan akan melayakkan diri ke peringkat Playoff yang akan bermula pada 16 September 2022.

Anda boleh mengikuti kejohanan ini secara langsung di laman-lama sosial rasmi Garena Call of Duty Mobile.

Sohor Kini