Selepas pertarungan yang sengit di peringkat akhir, Team RSG telah memenangi Pusingan Kelayakan Predator League 2022 untuk permainan Dota 2, mengalahkan pasukan Atlantis dengan skor 3-2 semalam. Selain membawa pulang hadiah tunai RM11 ribu dan juga kerusi gaming Predator, mereka juga akan menjadi wakil Malaysia ke peringkat akhir Predator League 2022 di Jepun bulan November ini.

Atlantis sebelum melayakkan diri ke peringkat akhir, telah ditewaskan oleh Team RSG di peringkat akhir Upper Bracket, sebelum berjaya mengalahkan MVG di peringkat akhir Lower Bracket. Walaupun gagal mendapat slot ke peringkat akhir di Jepun, mereka masih lagi membawa pulang hadiah tunai RM8 ribu.

Team RSG akan bersama dengan Team SMG mewakili Malaysia ke Jepun untuk permainan Dota 2 dengan Team SMG adalah pasukan yang dijemput khas oleh Predator Gaming Malaysia. Mereka juga akan disertai oleh pasukan SGD dan Team Setup yang akan menjadi wakil untuk permainan PUBG selepas kejayaan mereka di peringkat kelayakan pada hari Sabtu lepas.

Kejoahanan Akhir Predator League 2022 Asia Pasifik akan berlangsung pada 11 sehingga 13 November 2022 di Jepun di mana pasukan daripada 15 negara akan bertempur untuk menjadi pasukan terbaik di Asia Pasifik.

Sohor Kini