Skip to main content

ShuaiGeDui (SGD) telah memenangi Peringkat Kelayakan untuk Asia Pasifik Preadator League 2022 Malaysia selepas bertempur untuk 8 pusingan semalam. Mereka mengumpul 89 markah dan mengatasi Team Setup di tempat kedua dengan perbezaan 3 markah sahaja.

Walaupun hanya mendapat Chicken Dinner hanya sekali akan tetapi mereka dibantu melalui markah kills yang dilakukan. Mereka mendapat 64 kills iaitu tertinggi di dalam pusingan kelayakan ini.

Selaku juara mereka membawa pulan hadiah tunai RM11 ribu dan juga mewakili Malaysia ke Peringkat Akhir Asia Pasifik Predator League 2022 yang akan berlangsung di Jepun pada 11 sehingga 13 November ini.

Satu lagi pasukan yang mewakili Malaysia adalah Team Setup selaku naib juara, mereka juga membawa pulan hadiah tunai RM7,500. Di tempat ketiga adalah Titan diikuti Redsea Esports di mana mereka masing-masin membawa pulang hadiah tunai RM4,600 dan RM3,500.

Asia Pasifik Predator League 2022 juga mempertandingkan kejohanan Dota 2 dengan peringkat kelayakan untuk mencari satu pasukan mewakili Malaysia berlangsung hari ini.

Leave a Reply