Ubisoft ketika Ubisoft Forward hari ini telah mengumumkan kerjasama dengan Konami untuk membawa watak dari Castlevania ke dalam permainan Brawlhalla mereka. Melalui kerjasama ini, kostum berdasarkan Simon Belmont dan juga Alucard akan disertakan.

Simon Belmont adalah kostum untuk watak Jhala manakala Alucard pula adalah kostum untuk watak Azio di dalam Brawlhalla. Setiap kostum ini boleh didapatkan dengan harga 300 Mammoth Coins.

Brawlhalla adalah permainan percuma dan sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One, Nintendo Switch, PC, iOS dan Android. Ia juga boleh dimainkan di PlayStation 5 dan Xbox Series melalui keserasian belakang.

Sohor Kini