Percy Jackson and the Olympians Menerima Treler Acah

Disney sedang menganjurkan acara D23 dan di antara perkongsian yang dilakukan adalah treler acah untuk siri Percy Jackson and the Olympians yang memperlihatkan Walker Scobell sebagai Percy untuk siri baharu ini.

Siri ini akan tiba di Disney+ sekitar tahun 2023, dan menurut laporan sebelum ini ia akan mempunyai lima musim mewakili setiap buku dan setiap musim akan mempunyai jumlah episod yang pendek.

  • Musim 1 – The Lightning Thief
  • Musim 2 – The Sea of Monsters
  • Musim 3 – The Titan’s Curse
  • Musim 4 – The Battle of the Labyrinth
  • Musim 5 – The Last Olympian

Sohor Kini