Skip to main content

Selepas hampir sedekad diumumkan, Skull and Bones akan akhirnya dilancarkan pada November ini. Dengan pelancaran semakin hampir, di Ubisoft Forwards pembangun berkongsi beberapa maklumat mengenai sistem permainan, senjata, kapal dan multi-pemain.

Mod multi-pemain misalnya menyokong rentas platform supaya pengguna boleh bermain dengan rakan-rakan tanpa perlu menggunakan satu sistem yang sama. Mod PVP juga boleh dimatikan jika pemain tidak mahu bertarung secara atas talian.

Sistem senjata juga diperlihatkan dengan jenis meriam dan perisai yang boleh diletakkan pada kapal yang dimiliki. Perisai kayu, kulit dan besi masing-masing mempunyai kelebihan serta kekurangan masing-masing.

Leave a Reply