Ubisoft sebelum ini telah mengumumkan dua permainan baharu untuk siri The Division iaitu The Division Resurgence dan juga The Division Heartland. Ketika acara Ubisoft Forward yang berlangsung pada awal pagi tadi, mereka telah mengumumkan yang sesi beta tertutup untuk kedua-dua permainan akan bermula tidak lama lagi.

The Division Heartland diumumkan untuk konsol dan juga PC, ia akan membawa kisah baharu di dalam dunia The Division. Berbeza dengan permainan sebelum ini, ia akan dilancarkan sebagai permainan percuma untuk dimainkan.

The Division Resurgence pula adalah permainan The Division untuk peranti pintar di mana ia diumumkan untuk iOS dan Android. Ia juga adalah permainan percuma untuk dimainkan. Sesi beta terutup untuknya akan berlangsung pada akhir tahun ini, dengan pemain boleh mencuba pelbagai mod yang akan disertakan termasuk juga Conflict iaitu mod PvP dari The Division 2.

Pendaftaran untuk sesi beta terutup bagi kedua-dua permainan boleh dilakukan melalui laman rasmi The Division. Pendaftaran untuk The Division Resurgence juga boleh dilakukan melalui Play Store.

Sohor Kini