Ketika Ubisoft Forward yang berlangsung pada awal pagi ini, Ubisoft telah mengumumkan yang Rainbow Six Mobile akan menerima sesi beta terutup bermula pada 12 September 2022 tetapi terhad kepada beberapa negara sahaja iaitu Amerika Syarikat, Kanada, Mexico, Brazil, Filipina, Singapura dan India.

Ia juga terhad kepada pengguna Android sahaja, jika berminat anda boleh meminta untuk mengakses sesi beta ini melalui Play Store.

Melalui sesi beta terutup ini, pemain boleh mencuba bagaimana untuk mendapatkan operator dan juga sistem kemajuan seperti cabaran harian dan juga battle pass (percuma). Ia akan menyertakan 16 operator yang antaranya adalah Ash, Sledge, dan Hibana.

Rainbow Six Mobile sebelum ini diumumkan untuk iOS dan Android, buat masa ini masih tiada tarikh pelancaran yang dinyatakan.

Sohor Kini