Beberapa bulan yang lalu muncul laporan Ubisoft sedang membangunkan Assassin’s Creed Infinity sebagai permainan seterusnya dalam francais yang sudah berusia 15 tahun. Tetapi di Ubisoft Forward pagi ini mereka mengesahkan Infinity bukanlah sebuah permainan tetapi hab setempat mengakses dunia Assassin’s Creed sebelum ini.

Ia bolehlah dilihat sebagai Animus untuk dunia sebenar dengan pengguna mengakses Infinity untuk memainkan memori setiap watak dalam sir AC sebelum ini. Dua permainan terawal yang akan disokong Infinity ialah Codename Red dan Codename Hexe. Menerusinya kelak pelbagai memori dari permainan AC terdahulu boleh diakses pemain apabila diperlukan. Degan kata lain Infinity ialah seperti Animus tetapi kelak akan menjadi seperti Steam untuk permainan AC sahaja dengan ciri akan ditambah dari masa ke semasa.

Tiada tarikh bilakan Codename Red dan Codename Hexe akan dilancarkan bersama Infinity tetapi sebelum ini Ubisoft ada mengatakan Infinity akan tiba seawal 2024. Kami membayangkan Infinity sebagai perkhidmatan langganan berbayar hanya untuk kandungan AC dengan kemampuan mengawal pelbagai watak dari permainan terdahulu boleh dimainkan dalam dunia lain.

Sohor Kini