Dalam masa lagi beberapa minggu, Star Wars: Andor akan disiarkan di Disney+. Entah kenapa, siri TV ini menerima layanan istimewa seperti bajet lebih besar, episod lebih banyak dan sebagainya.

Andor juga disahkan akan menerima musim kedua dengan 12 episod mengenai sepanjang 4 tahun sebelum Rogue One. Penggambaran musim kedua ini diumumkan akan bermula tidak lama lagi.

Andor adalah prekuel kepada Rogue One, di mana musim pertama menceritakan kisah 5 tahun sebelum. Ia akan memfokuskan kisah Cassian Andor lakonan Diego Luna dan turut disertai oleh Adria Arjona sebagai Bix Caleen.

Musim pertama anda boleh strim di Disney+ Hotstar pada 21 September akan datang dengan 3 episod serentak.

Baca: Temuramah Bersama Adria Arjona, Watak Misteri Dalam Star Wars: Andor

Sohor Kini