EA hari ini telah mengumumkan penubuhan studio baharu yang terdiri daripada 20 pembangun yang akan bertempat di Seattle iaitu Ridgeline Games. Ia akan diketuai oleh Marcus Lehto iaitu pencipta bersama Halo dan terdiri daripada veteran-veteran di dalam industri permainan video.

Antara projek awal untuk Ridgeline Games adalah membangunkan kempen penceritaan di dalam dunia Battlefield iaitu siri permainan menembak oleh EA dan DICE. Buat masa ini tidak disahkan lagi jika ia akan menjadi satu permainan berasingan ataupun akan menjadi sebahagian di dalam permainan Battlefield.

Anda boleh mengikut perkembangan terbaru mengenai Ridgeline Games melalui laman sosial mereka seperti Twitter, Facebook dan Instagram.

Sohor Kini