2K Games telah melancarkan permainan NBA 2K23 mereka bermula pada hari ini, manakala bagi versi untuk Apple Arcade pula iaitu NBA 2K23 Arcade Edition ia akan dikeluarkan pada 18 Oktober di perkhidmatan langganan tersebut.

Antara penambahan bagi versi kali ini berbanding keluaran sebelum-sebelum ini, ia akan menyertakan mod “The Greatest” yang dikatakan mod rogue-like dan melibatkan 20 atlit terkenal bola keranjang seperti Michael Jordan, Kobe Bryant, Kareem Abdul-Jabbar, Devin Booker dan Kevin Durant.

Selain mod baharu ini, mod-mod sebelum ini akan terus disertakan seperti MyCareer, The Association Mode, Quick Match dan Online Multiplayer.

Apple Arcade ditawarkan dengan harga RM19.90 yang boleh dikongsi dengan 5 orang keluarga, ia juga boleh diperoleh melalui langganan Apple One yang juga menyertakan Apple Music dan Apple TV+ dengan harga RM19.90 untuk pelan individu dan RM33.90 untuk pelan keluarga.

Sohor Kini