Pada bulan Mac lepas, Activision telah mengesahkan yang mereka sedang membangunkan Call of Duty Warzone untuk peranti pintar, dan hari ini mereka telah berkongsi treler baharu yang mengumumkan secara rasmi yang ia akan menggunakan judul Call of Duty: Warzone Mobile.

Selain treler ringkas di atas, tiada maklumat lanjut yang dikongsikan, akan tetapi dengan menggunakan judul Warzone, ia adalah permainan battle royale seperti mana versi konsol dan juga PC. Ia juga adalah permainan yang berlainan berbanding Call of Duty Mobile.

Activision juga telah mengumumkan yang maklumat lanjut mengenai Call of Duty: Warzone Mobile akan dikongsikan ketika acara Call of Duty NEXT yang berlangsung pada 16 September 2022.

Sohor Kini