Sports Interactive telah mengumumkan yang Football Manager 2023 iaitu permainan terbaru untuk siri simulasi pengurusan bola sepak mereka akan dikeluarkan pada 8 November ini untuk hampir semua platform.

Mereka juga telah mengesahkan Football Manager 2023 Mobile akan dikeluarkan untuk iOS dan Android pada tarikh yang sama. Tambahan pada itu, Sports Interactive juga telah mengumumkan yang Football Manager 2023 Touch akan kembali pada tahun ini secara eksklusif di Apple Arcade.

Football Manager 2023 Touch adalah versi yang lebih ringkas berbanding Football Manager 2023 Mobile, tambahan lagi berbanding Football Manager 2023 untuk konsol dan PC, namun ia masih menyertakan pelbagai fungsi yang menjadikan ia permainan Football Manager termasuk juga perlawanan 3D.

Football Manager 2023 Touch akan tiba pada 8 November ini untuk semua platform yang menyokong Apple Arcade seperti iPhone, iPad, Apple TV dan Mac,

Sohor Kini