Sports Interactive telah mengumumkan yang Football Manager 2023 akan dikeluarkan pada 8 November 2022 untuk PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, Nintendo Switch, iOS dan Android. Selain itu, Football Manager Touch 2023 juga diumumkan untuk Apple Arcade.
Mereka juga mengumumkan yang Football Manager 2023 akan diteruskan ditawarkan semasa hari pelancaran di Xbox Game Pass dan juga PC Game Pass. Manakala sesi pra-tempahan di kesemua platform akan dikongsi lanjut bulan Oktober ini.
Buat masa ini maklumat lanjut mengenai edisi terbaru untuk permainan simulasi pengurusan bola sepak tersebut juga tidak dikongsi-kan lagi, di mana ia juga akan dilakukan pada bulan Oktober.