Sekuel filem Knives Out seperti semua sedia maklum adalah Glass Onion: A Knives Out Mystery. Selepas beberapa imej diacah, berikut adalah treler pertama filem ini;

Benoit Blanc kembali lagi, kini di Greece. Bersama dengan watak-watak baharu dengan suasana percutian yang nampak indah – pembunuhan berlaku.

Pembunuhan ini dilihat menjadikan semua orang berada dalam keadaan bahaya. Tetapi siapa yang mati? Apa yang berlaku? Kenapa? Treler ini tidak mendedahkan banyak informasi. Tetapi tema filem ini dilihat seakan sedikit ringan dengan beberapa komedi serta aksi.

Selain Daniel Craig, Edward Norton, Janelle Monáe, Kathryn Hahn, Leslie Odom Jr., Jessica Henwick, Madelyn Cline, Kate Hudson dan Dave Bautista turut akan muncul dalam filem ini

Filem ini ditulis dan diarahkan oleh Rian Johnson dan selepas kejayaan filem ini, Netflix telah membeli hak penstriman untuk filem pertama, Glass Onion dan satu lagi sekuel. Filem ini akan disiarkan di Netflix Malaysia pada 23 Disember, 4PM.

Sohor Kini