Baru-baru ini, mendiang Chadwick Boseman telah memenangi anugerah Emmy untuk pelakon suara animasi lelaki terbaik dalam siri animasi What If…?. Dalam animasi tersebut, Chadwick turut kembali memainkan watak sama dalam filem aksi nyata beliau iaitu sebagai T’Challa/Black Panther.

Sempena menyambut kemenangan anugerah ini, Lego telah memperkenalkan figura baharu saiz sebenar di paras dada.

Lego ini mempunyai sebanyak 2961 bahagian untuk membina figura Black Panther paras dada setinggi 18-inci. Rantai ikonik watak ini yang diperbuat daripada bahan yang fleksibel agar boleh digantung di leher, secara lalai tangan di posisi Wakanda Forever dan sarung tangan figura ini mempunyai sistem mekanikal untuk mengeluarkan kuku.

Walaupun ia adalah saiz sebenar, figura ini tidak boleh dipakai. Dalamannya mempunyai banyak variasi bahagian lego lain sebagai struktur sokongan. Jualan akan bermula di Amerika Syarikat pada 1 Oktober dengan harga jualan $349.99 iaitu sekitar RM1,575.

Sohor Kini