Netflix hari ini telah mengumumkan pelbagai rancangan pra-sekolah akan tiba di perkhidmatan penstriman tersebut termasuk juga rancangan yang sangat popular di kalangan kanak-kanak sesuatu masa dahulu iaitu Teletubbies.

Tinky Winky, Dipsy, Laa-Laa dan Po akan kembali dengan musim baharu bermula pada 14 November dengan musim pertama akan mempunyai 26 episod dengan setiap-nya 12 minit. Ia akan melibatkan pencipta asal Andrew Davenport dan akan ditulis oleh Catherine Williams.

Teletubbies akan dilakonkan oleh Rachelle Beinart, Rebecca Hyland, Nick Chee Ping Kellington, dan Jeremiah Krage.

Rancangan-rancangan lain yang diumumkan adalah Spirit Rangers tiba pada 10 Oktober, Waffles +Mochi’s Restaurant pada 17 Oktober, musim baharu Gabby’s Dollhouse pada 1 November, StoryBots: Answer Time pada 21 November, Princess Power akan tiba pada tahun 2023 dan CoComelon Lane juga pada tahun 2023.

Sohor Kini