Microsoft telah mengumumkan yang alat kawalan Xbox Elite Siri 2 mereka akan menerima pilihan yang lebih murah iaitu Xbox Elite Siri 2 – Core yang akan menawarkan fungsi-fungsi yang “utama” sahaja dan akan ditawarkan dengan harga $129.99 (~RM584.96) berbanding $179.99 (~RM809) untuk edisi yang dikeluarkan sejak tahun 2019.

Xbox Elite Siri 2 – Core hanya akan menyertakan kayu analog yang boleh diubah ketegangan dan juga pelbagai butang-butang tambahan yang boleh ditukar fungsinya berbanding Xbox Elite Siri 2 yang akan turut menyertakan kayu analog serta d-pad yang boleh ditukar, dan juga dengan bekas membawa.

Namun, anda boleh kemudiannya boleh menjadikan Xbox Elite Siri 2 – Core seperti Xbox Elite Siri 2 dengan barangan-barangan tambahan boleh didapatkan secara berasingan melalui Complete Component Pack yang ditawarkan dengan harga $59.99.

Sohor Kini