Phil Spencer iaitu Ketua Xbox sebelum ini telah berkongsi kenyataan dengan The Verge mengatakan yang selepas perjanjian di antara Activision Blizzard dan PlayStation tamat dalam masa lebih kurang 3 tahun lagi, mereka akan terus jamin yang permainan tersebut akan terus dikeluarkan di PlayStation dan menerima kandungan yang sama dengan platform lain untuk “beberapa tahun lagi”

Call of Duty telah menjadi antara topik utama yang dibincangkan apabila Microsoft melalui Xbox Game Studios di dalam proses mengambil-alih Activision Blizzard.

Melalui kenyataan yang dikeluarkan oleh Jim Ryan iaitu CEO untuk PlayStation, beliau mengatakan yang tawaran oleh Microsoft untuk mengeluarkan Call of Duty di PlayStation adalah selama 3 tahun lagi selepas perjanjian asal tamat dan bagi mereka ia adalah satu tawaran yang tidak mencukupi.

Beliau mengatakan yang Call of Duty telah ditawarkan di PlayStation untuk lebih 20 tahun, dan mereka inginkan jaminan yang Call of Duty terus ditawarkan dengan kualiti terbaik di PlayStation.

Sohor Kini