Nintendo dan The Pokemon Company telah berkongsi treler baharu untuk permainan seterusnya Pokemon iaitu Pokemon Scarlet dan juga Pokemon Violet. Treler ini antaranya memperlihatkan penceritaan yang memfokuskan kepada perlumbaan mencari harta karun, beberapa watak dan juga pokemon baharu.

Anda boleh tonton treler tersebut di bawah.

Di dalam permainan ini, pemain akan menjadi pelajar di Naranja Academy untuk Pokemon Scarlet dan Uva Academy untuk Pokemon Violet. Sebagai sebahagian daripada projek sekolah, “Pencarian Harta Karun” di anjurkan.

Treler ini juga telah memperlihatkan beberapa watak yang akan dijumpai oleh pemain termasuk juga ketua gim. Antara yang diperlihatkan adalah Team Star bersama dengan ketua mereka iaitu Mela yang dikatakan sebagai ‘pelajar bermasalah’.

Selain itu, pelajar lain yang diperlihatkan adalah Arven, Geeta yang merupakan pengerusi untuk Pokemon League, Nemona pelatih Pokemon, dan Brassius iaitu ketua Gim yang menggunkan Pokemon jenis Grass.

Manakala antara pokemon baharu yang diperlihatkan adalah Armarouge, Ceruledge dan Klawf.

Bersama dengan pengumuman ini, Nintendo juga telah mengumumkan Nintendo Switch OLED edisi khusus untuk permainan ini.

Pokemon Scarlet dan juga Pokemon Violet akan dikeluarkan pada 18 November 2022 secara eksklusif untuk Nintendo Switch.

Sohor Kini