Nintendo Switch OLED Menerima Edisi Pokémon Scarlet & Violet

Nintendo hari ini telah mengumumkan yang bersempena dengan pelancaran permainan baharu Pokemon iaitu Pokemon Scarlet & Violet, Nintendo Switch OLED akan menerima edisi khas dan akan dilancarkan pada 4 November kelak.

Ia akan hadir dengan dua warna untuk joy-con iaitu warna merah di bahagian kiri bersama dengan logo Naranja Academy mewakili Pokemon Scarlet dan bahagian kanan berwarna ungu dengan logo Uva Academy mewakili Pokemon Violet.

Di bahagian dermaga akan terdapat Pokemon Legendary yang akan tiba mengikut versi permainan iaitu Koraidon dan Miraidon manakala bahagian belakang konsol terdapat pelbagai ilustrasi termasuk juga untuk tiga pokemon permulaan yang boleh dipilih oleh pemain.

Nintendo Switch OLED Edisi Pokémon Scarlet & Violet ini ditawarkan dengan harga biasa konsol iaitu $359.99 dan tidak disertakan permainan.

Sohor Kini