Sony hari ini telah mengumumkan yang kemaskini sistem operasi untuk PlayStation 5 yang akan menyertakan sokongan 1440p dan juga folder seperti diumumkan sebelum ini tiba bermula hari ini. Fungsi ini sudah tiba bagi pengguna versi beta sebelum ini.

Melaluinya, PS5 kini menyokong resolusi 1440p, PS5 sebelum ini menyokong resolusi dari 720p sehinggalah 2160p, akan tetapi tidak menyokong 1440p, oleh itu bagi pengguna yang menggunakan paparan dengan resolusi 1440p terpaksa memilih 1080p.

Seterusnya adalah Gamelists yang merupakan sokongan fungsi folder. Pengguna boleh menghasilkan sehingga 15 gamelists yang boleh mengandungi sehingga 100 permainan, digital ataupun fizikal. Namun, folder ini hanya dipaparkan di ruangan ‘Your Collection’ bukan di ruang depan.

Selain itu, fungsi lain yang tiba adalah pengguna kini boleh melakukan carian di aplikasi Youtube menggunakan suara, namun buat masa ini ia hanya terhad kepada pengguna di Amerika Syarikat dan UK.

Manakala kemaskini untuk aplikasi PS pula adalah pengguna kini boleh melancarkan PS Remote Play terus dari aplikasi tersebut dan juga boleh memulakan fungsi Share Screen.

Sohor Kini