Level Infinite dan pembangun Hotta Studio telah mengumumkan yang kemaskini utama untuk permainan MMORPG Tower of Fantasy mereka akan dikeluarkan pada 15 September 2022. Kemaskini antaranya akan menyertakan kawasan baharu iaitu Artificial Island dan watak baharu Claudia.

Claudia adalah Hykros Exectuor yang menggunakan pedang, dia mempunyai kemahiran ketenteraan. Dia terlibat dengan Operation Dark Apocalypse sebelum tercedera dan terpaksa dihantar ke pusat rawatan. Anda boleh tonton video untuknya di bawah.

Manakala kawasan baharu iaitu Artificial Island akan dibuka kepada pemain yang telah mencapai tahap 50 dan menyelesaikan misi khusus untuknya. Kawasan ini akan mempunyai pelbagai rahsia yang boleh diteroka untuk mendapat ganjaran. Pemain juga boleh menggunakan fungsi Construction untuk membentuk pulan sendiri.

Tower of Fantasy sudah dikeluarkan untuk iOS, Android dan PC. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini